Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Pengurus Khairul Aming Mohon Maaf, Letak Jawatan & Mahu Sertai Kelas PR

today12 September 2022

Background

Pengurus kepada pempengaruh media sosial Khairul Aming yang dikenali sebagai Faddy membuat permohonan maaf secara terbuka terhadap isu yang mendakwa dirinya sombong.

Menerusi perkongsian di media sosial peribadi milik Faddy, dia mengakui kesilapannya tempoh hari dan memohon maaf atas kekhilafan yang terjadi.

“Saya ingin membuat penjelasan mengenai isu yang tular baru-baru ini berhubung isu Khairul Aming di media sosial. Saya memohon maaf atas kesilapan saya pada tempoh hari. Dengan rendah hatinya saya meminta ribuan kemaafan kepada mereka yang pernah berkerjasama dengan saya secara terus atau tidak terus.

“Saya akui saya mempunyai kelemahan dalam menghadapi situasi dalam tekanan. Buat masa ini, saya akan cuba membuat perubahan untuk masa akan datang.

“Banyak hikmah dan pengajaran yang telah saya dapat sepanjang penularan isu ini. Banyak pengajaran yang telah saya belajar sewaktu penularan isu ini,” tulisnya.

Dalam masa yang sama, Faddy juga memaklumkan dirinya tidak lagi mempunyai kaitan dengan pempengaruh tersebut.

β€œUntuk pengetahuan semua, saya secara rasminya sudah tiada kaitan kerja dengan Khairul Aming selepas insiden penularan ini berlaku. Dia juga sedang mencari pengganti yang baharu untuk kendalikan semua kerja dia.

β€œJadi semua media sosial saya ini hanya untuk personal saya sahaja dan tiada kaitan dah dengan karier dia,” jelasnya.

Bekas pengurus itu turut memaklumkan akan memperbaiki kemahiran berkomunikasi dengan menyertai kelas perhubungan awam (PR).

β€œMoving forward pula, untuk personal saya sendiri, saya akan perbaiki kemahiran komunikasi saya dengan menyertai kelas-kelas PR dan kelas yang berkaitan,” ujarnya.

Dia juga berharap agar isu berkenaan tidak diperbesarkan lagi.

“Akhir kata, yang buruk memang datang daripada saya sendiri dan kejadian ini telah menyebabkan saya untuk lebih insaf mengingati Allah.

“Saya mohon jasa baik semua untuk tidak lagi membincangkan hal ini dan diharapkan dari kerjasama semua orang. Sekian, terima kasih banyak-banyak,” tutupnya.

Written by: Aqilah


Previous post