
PETALING JAYA: Seorang pengurus syarikat swasta diperdaya oleh pelaburan saham dalam talian yang tidak wujud hingga mengalami kerugian RM598,680, minggu lalu.
Bahagian Siasatan Jenayah Komersial IPD menerima laporan daripada mangsa berusia 39 tahun itu semalam.
Ketua Polis Petaling Jaya, Fakhrudin Abdul Hamid, berkata mangsa pada mulanya berkenalan dengan seorang wanita sebelum diajak menyertai pelaburan sebuah syarikat yang menjanjikan pulangan lumayan.
Katanya, pengadu yang tertarik kemudiannya membuat bayaran keseluruhan berjumlah RM598,680 yang dimasukkan dalam beberapa akaun bank dari 14 November 2022 hingga 11 November 2023.
“Pengadu bagaimanapun tidak mendapat pulangan dijanjikan dan suspek memberi alasan wang dilarikan oleh rakannya serta keseluruhan aset ditahan polis,” katanya dalam kenyataan hari ini, menurut Berita…
