
PETALING JAYA: Seorang pengurus syarikat swasta di Ampang Jaya rugi lebih RM1.6 juta selepas terpedaya dengan tawaran pelaburan mata wang kripto tidak wujud yang diiklankan di laman media sosial.
Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan berkata, mangsa berusia 61 tahun itu tertarik dengan iklan di Facebook itu lalu menelefon suspek, yang kemudian menghantar satu pautan laman sesawang kepada mangsa untuk tujuan pelaburan.
“Selepas itu, mangsa membuat 15 kali pindahan wang dalam talian berjumlah RM1,630,000 ke dalam enam akaun bank yang berbeza bagi tujuan membeli mata wang dolar Amerika Syarikat (AS) untuk ditukarkan kepada mata wang kripto.
“Pengadu tidak menerima sebarang pulangan seperti yang dijanjikan setelah membuat pemindahan wang secara berperingkat bermula 18 Okt hingga 31 Dis 2024, sebelum membuat laporan…
