KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa pengurusan tertinggi dan lembaga pengarah 1MDB mencadangkan untuk membuat bidaan RM10.6 bilion untuk memperoleh loji janakuasa.
Bekas penasihat undang-undang 1MDB, Jasmine Loo, ketika perbicaraan kes rasuah Najib Razak berkata perkara itu berlaku selepas wakil bank pelaburan Goldman Sachs yang berpangkalan di New York mencadangkan bidaan RM10.6 bilion untuk membeli loji janakuasa yang dimiliki oleh Tanjong Energy Holdings Sdn Bhd, selepas beberapa mesyuarat.
Loo yang berkhidmat dengan 1MDB antara Mei 2011 dan Nov 2013 berkata dia menyediakan resolusi pemegang saham dan menyerahkannya kepada Low Taek Jho, atau lebih dikenali sebagai Jho Low, untuk mendapatkan kelulusan Najib.
Saksi pendakwaan ke-50 itu berkata Najib, yang pada masa itu juga menteri kewangan dan pengerusi lembaga…