Hot FM

Pengurusan zakat, pembangunan asnaf perlu pendekatan lebih inovatif, titah Raja Muda Perlis


Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail (dua kanan) berkenan berangkat majlis prapelancaran Pusat Penyelidikan Asnaf FCOEE – MAIPs di Kangar, Perlis. (Gambar Bernama)
KANGAR:

Pengurusan zakat dan pembangunan asnaf kini memerlukan pendekatan lebih inovatif dan bersepadu, demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Tuanku Syed Faizuddin Putra bertitah penyelidikan berkualiti akan membantu pihak berkepentingan memahami cabaran sebenar dihadapi asnaf seterusnya merangka dasar, program dan intervensi yang mampu meningkatkan taraf kehidupan mereka secara mampan.

Sehubungan itu, baginda bertitah Pusat Penyelidikan Asnaf Faizuddin Centre of Educational Excellence (FCoEE) – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) merupakan satu inisiatif yang amat signifikan dalam memperkukuh ekosistem penyelidikan berkaitan pembangunan asnaf.

“Pusat ini bukan sahaja berperanan sebagai pusat pengumpulan data dan penghasilan ilmu malah…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version