Site icon Hot FM

Pengusaha bengkel kini perlu pamer nama, kelayakan mekanik, kata menteri


Salahuddin Ayub berkata peraturan baharu itu berkuat kuasa di seluruh negara pada 1 Julai lalu.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Salahuddin Ayub berkata pengusaha bengkel juga perlu menyatakan dengan jelas alat ganti yang digunakan sama ada baharu, terpakai atau yang telah dibaik pulih.

KUALA LUMPUR: Pengusaha bengkel kini perlu mempamerkan senarai nama dan kelayakan sijil kemahiran di miliki mekanik di kawasan yang mudah dilihat bagi membolehkan pengguna mempunyai maklumat dalam memilih bengkel yang mempunyai pekerja berkelayakan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Salahuddin Ayub berkata syarat itu adalah antara beberapa penambahbaikan yang terkandung dalam Peraturan-Peraturan Perlindungan Pengguna (Pendedahan Maklumat Bengkel) (Pindaan) 2022 yang berkuat kuasa di seluruh negara pada 1 Julai lepas.

Beliau berkata langkah mempamer senarai nama mekanik dan sijil kemahiran itu juga akan menggalakkan pengusaha bengkel mempersijilkan mekanik yang…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version