
RAUB: Seorang pengusaha dusun durian Musang King dan kolam ternakan ikan tilapia, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas tuduhan menduduki tanah kerajaan tanpa kebenaran pada Mei lepas.
Tengku Mohd Mujahiddin Tengku Abu Bakar, 40, didakwa melakukan kesalahan itu di Sungai Kenong, Mukim Tras, Raub kira-kira 9.40 pagi pada 8 Mei 2024 mengikut Seksyen 425(1)(a) Kanun Tanah Negara.
Jika disabitkan dengan kesalahan tertuduh boleh dikenakan hukuman tidak melebihi RM500,000 atau penjara tidak lebih lima tahun, atau kedua-duanya sekali.
Pada prosiding berkenaan, pendakwaan yang diwakili Pegawai Pendakwa Pejabat Tanah dan Galian negeri, Muhammad Najmi Zaki Amer Suhaimi, menawarkan jaminan sebanyak RM20,000 dengan seorang penjamin.
Bagaimanapun, bapa kepada empat orang anak yang tidak diwakili peguam itu, merayu supaya jaminan…