
PETALING JAYA: Pengusaha restoran akan diberikan lesen borong bagi membolehkan mereka membeli beras putih import pada harga borong RM3.20 sekilogram daripada Padiberas Nasional Bhd (Bernas).
Keputusan itu dibuat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu sebagai langkah jangka pendek mengatasi masalah kekurangan beras putih tempatan susulan pengguna kurang membeli beras putih import kerana harganya yang meningkat.
Setiausaha akhbar Mohamad, Adeysham Nor memaklumkan, persatuan pengusaha terbabit perlu mengemukakan permohonan kepada kementerian untuk mendapatkan lesen borong terbabit.
Katanya, harga beras putih import tidak begitu banyak perbezaan dengan harga beras putih tempatan sebelum ini, iaitu sekitar RM2.80 hingga RM3.20 per kilogram (kg).
Bagaimanapun katanya, pengusaha mula beralih kepada beras tempatan…