
KUALA LUMPUR: Kerajaan secara dasar bersetuju memberikan kebenaran kepada pengusaha stesen minyak menggaji pekerja asing bagi kerja pembersihan serta pencucian kafe dan kedai serbaneka stesen minyak.
Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail, berkata ini kerana stesen minyak kini mengalami banyak evolusi dengan adanya kafe dan kedai serbaneka.
Bagaimanapun, beliau berkata keputusan itu tidak melibatkan tambahan kuota pekerja asing.
“Dari tahun 1995 sektor stesen minyak laksanakan khidmat layan diri yang tidak dibenarkan pekerja asing digajikan, ini keputusan Kabinet 1995 tetapi stesen minyak kini ada kafe, kedai, dan khidmat lain, itu hakikat sekarang dan evolusi yang berlaku,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Antara Menteri Dalam Negeri dan Menteri Sumber Manusia…