Site icon Hot FM

Pengusaha stesen minyak rugi RM205,000 diperdaya ‘pegawai polis’


Suspek memberitahu mangsa ada membuat tuntutan insurans kira-kira RM30,000 daripada sebuah hospital di Pahang.

Polis berkata mangsa diminta membuat lapan kali transaksi ke dalam akaun bank berbeza bagi tujuan semakan pihak mahkamah.

PETALING JAYA: Seorang pengusaha stesen minyak di Muar kerugian RM205,000 selepas mendakwa menjadi mangsa penipuan dalam talian, pertengahan April lalu.

Ketua Polis Muar, Raiz Mukhliz Azman Aziz, berkata kejadian bermula pada 15 April lalu apabila mangsa berusia 57 tahun menerima panggilan daripada individu menyamar wakil insurans dan pegawai polis.

Katanya, suspek memberitahu mangsa ada membuat satu tuntutan wang insurans kira-kira RM30,000 daripada sebuah hospital di Pahang.

“Mangsa diminta menghubungi balai polis Pahang bagi membuat laporan mengenai insurans itu kerana butiran diri lelaki itu didakwa disalahgunakan orang lain.

“Pada masa sama, mangsa juga menerima panggilan daripada seseorang memperkenalkan diri sebagai ‘Pegawai Kanan Polis’…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version