Menerusi sebuah video, selepas tularnya isu itu peniaga tersebut telah membuat permohonan maaf dan mengakui kesilapannya kerana tidak lebih peka dalam hal ini.
Malah, dia juga berkongsi telah membeli bekas baru untuk penyediaan makanan dan berharap ia adalah bekas yang bersesuaian.
“Saya dah beli tong baru, saya harap yang ini food grade lepas ini. Saya nak minta maaf kepada semua rakyat Malaysia yang tengok video saya sebelum-sebelum ini.
“Andai bahasa saya kurang elok untuk korang dengar tu saya mohon maaf banyak. Terima kasih pada yang mana bagi nasihat, saya ambil benda itu sebagai iktibar pada diri saya,” katanya.