Hot FM

Peniaga barang tiruan didenda RM200,000


gavel
Pengarah KPDN Selangor Muhamad Hanif Asa’ari berkata ini kes pertama tahun ini yang membawa kepada nilai denda tertinggi di bawah kesalahan Akta Cap Dagangan 2019. (Gambar Reuters)
SHAH ALAM:

Seorang peniaga didenda RM200,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Sepang semalam atas tujuh pertuduhan melibatkan urus niaga barang tiruan, hasil pelaksanaan ‘Kempen Kita Gempur’ oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor.

Pengarah KPDN Selangor, Muhamad Hanif Asa’ari, berkata lelaki tempatan dalam lingkungan 30-an itu didakwa di bawah Seksyen 100 Akta Cap Dagangan 2019, yang memperuntukkan denda tidak lebih RM10,000 bagi setiap barangan atau penjara sehingga tiga tahun bagi individu yang melakukan kesalahan kali pertama.

“Tertuduh mengaku bersalah bahawa pada 21 April 2022, di sebuah premis di Telok Panglima Garang, Kuala Langat, didapati mempunyai kawalan terhadap barangan seperti selipar, pakaian, topi, tali pinggang dan aksesori…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version