Site icon Hot FM

Peniaga berputih mata hasil jualan RM70,000 disamun


Ketua Polis Kota Bharu Mohd Rosdi Daud berkata, ketika kejadian, mangsa berusia 60-an sedang menunggang motosikal ke bank untuk mendeposit wang tersebut.

KOTA BHARU: Seorang peniaga kedai runcit terpaksa berputih mata apabila wang hasil jualan dianggarkan berjumlah RM70,000 yang dibungkus dalam beg plastik hitam disamun ketika dalam perjalanan ke sebuah bank di Jalan Kebun Sultan hari ini.

Ketua Polis Kota Bharu Mohd Rosdi Daud berkata, ketika kejadian pada 10.45 pagi itu, mangsa berusia 60-an sedang menunggang motosikal ke bank untuk mendeposit wang tersebut.

Katanya, siasatan awal mendapati mangsa dihampiri oleh seorang suspek lelaki yang menunggang motosikal yang kemudian bertindak melarikan beg plastik hitam berkenaan serta dua telefon bimbit di dalam bakul motosikal.

Mohd Rosdi berkata, sewaktu kejadian, suspek menunggang sebuah motosikal berwarna hijau atau hitam, memakai jaket warna gelap, berseluar warna gelap serta bertopi keledar warna gelap.

“Mangsa gagal mengecam…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version