
KUALA LUMPUR: Seorang peniaga katering mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan menipu seorang lelaki lebih RM600,000 berhubung pelaburan pembekalan ikan air tawar, lapan tahun lalu.
Irma Ryani Ismail @ Semoil, 46, didakwa menipu Mohd Lutfi Osman Haron, 48, dengan menawarkan pelaburan pembekalan ikan air tawar sehingga mendorong mangsa membuat bayaran RM681,312.50 secara berperingkat kepada tertuduh ke dalam dua akaun bank milik tertuduh, iaitu mangsa tidak akan membuat pembayaran itu sekiranya tidak diperdayakan sedemikian.
Perbuatan berkenaan didakwa dilakukan di sebuah bank di Taman Maluri, Cheras, antara 19 April dan 7 Ogos 2017 mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum setahun dan maksimum 10 tahun dengan sebat dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya R Harvind mencadangkan jaminan RM15,000 dengan…