Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Peniaga jual gas memasak lebih harga kawalan kena tindakan

today18 June 2024

Background


Ketua Pengarah Penguatkuasa KPDN Azman Adam berkata peniaga berkenaan dikenakan notis untuk mengemukakan maklum balas harga jualan dan kos LPG yang dijual dalam tempoh lima hari. (Gambar Bernama)

PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengeluarkan notis terhadap seorang peniaga yang tular di media sosial kerana menjual tong gas petroleum cecair (LPG) melebihi harga kawalan di Puchong, Selangor.

Ketua Pengarah Penguatkuasa KPDN Azman Adam memaklumkan notis bertulis di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 memerlukan peniaga itu mengemukakan maklum balas berhubung harga jualan dan kos LPG yang dijual dalam tempoh lima hari bekerja.

Katanya, dalam rakaman video berdurasi lebih seminit itu peniaga berkenaan memberikan alasan pelarasan subsidi diesel menjadi punca kenaikan harga LPG itu.

“Hasil siasatan awal ke atas video itu, pihak KPDN berjaya mengenal pasti alamat premis dan lokasi lori yang membuat penghantaran LPG berkenaan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post