Ia selepas tularnya sebuah video yang didedahkan seorang wartawan mengenai alasan diberikan seorang peniaga di medan selera di ibu kota.
Di dalam video itu, wartawan berkenaan telah bertanyakan apakah alasan dikenakan caj tambahan 10 sen.
Menerusi sumber, peniaga wanita berusia 60-an itu mendakwa, caj pembayaran 10 sen bagi setiap pembayaran RM10 menggunakan kod QR dikenakan terhadap pelanggan itu sejak dia menggunakan sistem bayaran tanpa tunai.
Pengarah KPDN negeri, Norena Jaafar berkata, hasil semakan pihaknya dengan penyedia perkhidmatan pembayaran tanpa tunai itu mendapati tiada caj sedemikian dikenakan kepada pelanggan.
“Selepas kita mengadakan pengesahan, penyedia perkhidmatan mengesahkan bahawa tiada caj dikenakan terhadap perkhidmatan secara dalam talian seperti dilakukan peniaga berkenaan.
“Justeru kami dapati tindakan peniaga terbabit yang dikesan dilakukannya sejak awal tahun ini adalah satu kesalahan dan pihak KPDN negeri sudah membuka satu kertas siasatan…