Menurut laporan Harian Metro, peniaga memberitahu mereka terpaksa menghadapi masalah seperti dimarahi pelanggan apabila terpaksa menaikkan harga jualan.
Seorang peniaga kuih-muih di Perling, Zarina Abdul Majid berkata harga santan yang naik ke paras tertinggi iaitu RM17 sekilogram sejak Oktober lalu berbanding hanya RM9 sekilogram sebelum ini telah memberi masalah kepada mereka.
“Saya tiada pilihan, terpaksa menaikkan harga sebiji kuih antaranya kuih lapis dan talam yang sebelum ini dijual pada harga 40 sen kepada 50 sen, bila berlaku kenaikan harga bahan mentah, selain santan, tahun lalu.
“Harga makanan lain yang berasas santan yang dijual termasuk nasi lemak dan rendang juga terpaksa dinaikkan sedikit kerana menggunakan santan yang banyak.
“Namun, pembeli pula merungut dan menyalahkan peniaga kononnya kami mengambil kesempatan, malah kuih-muih serta makanan yang selalunya habis dijual, tidak lagi laku sejak kebelakangan ini, dan menyebabkan peniaga seperti saya…