Polis berkata, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di dada.

BANDAR PERMAISURI: Seorang peniaga maut selepas dilanggar tayar lori tercabut di KM43 Jalan Pantai, Kuala Terengganu-Kampung Raja.
Dalam insiden kira-kira 5 petang tadi, Muhammad Airiel Rizman Mohamad Nazari, 18, yang berasal dari Kampung Mengabang Panjang, Kuala Terengganu sedang berniaga di tepi jalan bersama rakannya, Nik Muhammad Afiq Rizani Mohd Zainani, 22.
Ketua Polis Setiu, Afandi Hussin berkata, siasatan awal mendapati lori terbabit dalam perjalanan dari Kampung Merang ke Kampung Telaga Papan, sebelum sebiji tayar belakangnya tercabut dan terpelanting ke tepi jalan.
“Tayar tersebut kemudiannya melanggar Airiel Rizman dan Nik Muhammad Afiq yang berniaga di tepi jalan.
“Airiel Rizman meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera…
