Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Peniaga rempuh 2 lelaki bermotosikal didakwa membunuh

today13 March 2026

Background


mahkamah klang
Tertuduh, R Ganesalingam, 49, didakwa di Mahkamah Majistret Klang hari ini atas dakwaan membunuh dan menyebabkan kematian ke atas K Tinesh Kumar, di Klang pada 5 Mac lepas.
KLANG:

Seorang peniaga yang merempuh dua lelaki bermotosikal menggunakan kenderaan pacuan empat roda sehingga mengakibatkan pemboncengnya maut di Kapar, Klang minggu lepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh.

R Ganesalingam, 49, mengangguk faham sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret A Karthiyayini.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Lelaki terbabit didakwa membunuh dan menyebabkan kematian ke atas K Tinesh Kumar, 33, di hadapan simpang masuk Taman Seri Kapar, Batu 12, Jalan Keretapi Lama Off Jalan Kapar, Klang pada 9.47 pagi, 5 Mac lepas.

Pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara maksimum 40 tahun dan sebatan tidak kurang…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post