
PETALING JAYA: Seorang peniaga mengalami kerugian RM147,600 selepas diperdaya dalam urusan pembelian kereta yang ditawarkan menerusi Facebook baru-baru ini.
Ketua Polis Perak Azizi Mat Aris berkata, siasatan awal mendapati pada 15 April lepas, lelaki berusia 53 tahun itu terlihat iklan penjualan Mercedes-Benz pada laman sosial tersebut dan menekan pautan WhatsApp tertera.
Katanya, mangsa berhubung dengan suspek yang memperkenalkan diri sebagai jurujual di sebuah syarikat jualan kereta di Selangor, kemudiannya ditawarkan harga jualan sebanyak RM113,000 dengan ansuran bulanan RM1,328.80.
Beliau turut diyakinkan telah memenangi sebuah iPad sebagai hadiah cabutan bertuah
Azizi berkata, tertarik dengan tawaran tersebut, mangsa memasukkan sebanyak RM2,680 ke dalam akaun bank yang diberikan suspek sebagai wang pendaftaran, dan dijanjikan penghantaran…