
PETALING JAYA: Seorang peniaga kerugian RM300,000 selepas menjadi mangsa penipuan tawaran pelaburan melibatkan visa pelancong dan pekerja asing oleh seorang lelaki tempatan, April tahun lalu.
Ketua Polis Petaling Jaya, Mohd Fakhrudin Abdul Hamid, berkata mangsa yang berniaga dalam sektor pertanian berusia 33 tahun itu mengenali lelaki berkenaan melalui ahli keluarganya sebelum terpedaya dengan tawaran keuntungan RM6,000 bagi setiap visa yang dilaburkan.
Beliau berkata, mangsa telah menyerahkan wang RM300,000 untuk 50 permohonan visa pekerja asing kepada suspek dan satu pasport bagi permohonan visa pekerja.
“Suspek kemudiannya menyerahkan surat pengesahan penerimaan permohonan daripada Jabatan Imigresen kepada mangsa dan hasil semakan mendapati surat tersebut palsu.
“Mangsa membuat laporan polis pada Julai tahun lalu selepas lelaki berkenaan…