
Pelaksanaan penilaian asas pada Tahun 4 di bawah Rancangan Pendidikan Negara (RPN) 2026-2035 bertujuan mengenal pasti kelemahan murid dalam kemahiran membaca, menulis dan mengira lebih awal, kata Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, langkah itu penting bagi memastikan intervensi dan pemulihan dapat dilaksanakan lebih awal, sebelum murid melangkah ke peringkat menengah berbanding hanya bergantung kepada penilaian pada Tahun 6.
Tegasnya, dasar itu dirangka bagi memastikan sistem pendidikan negara lebih bersedia melahirkan generasi berilmu, berkemahiran dan berdaya saing, termasuk dalam bidang teknologi digital serta kecerdasan buatan (AI).
“Dasar pendidikan negara (RPN) yang baharu memberi penekanan kepada peningkatan mutu pendidikan demi menjamin masa depan…