
PETALING JAYA: Peningkatan kos operasi membabitkan pelbagai aspek termasuk kenaikan kos alat ganti menjadi faktor mengapa kadar tambang bas sekolah terpaksa dinaikkan, kata Gabungan Persatuan Bas Sekolah Malaysia (GPBSM).
Memetik Malaysiakini, Presiden GPBSM Mohd Rofik Mohd Yusof, berkata faktor lain yang menyumbang kepada peningkatan tambang termasuk kurangnya permintaan daripada ibu bapa dan gaji pemandu bas.
Bagaimanapun Rofik berkata, perkara itu tidak sama mengikut lokasi.
“Kalau ada satu taman perumahan ada lima orang sahaja nak beroperasi macam mana kalau dia punya tambang itu dia letak dalam RM70 ke RM150.
“Saya ingat kos dia mengatasi pulangan. Dia berpandu jumlah pelajar dan juga jarak sekolah.
“Kalau bawa dua tiga orang tak…