
MELAKA: Peningkatan jumlah pengundi Melayu di Parlimen Kota Melaka pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) menjadi indikator utama Perikatan Nasional (PN) mempertaruhkan calon Melayu, Suhaime Borhan di kubu kuat DAP itu.
Naib Presiden Gerakan Michael Gan Peng Lam berkata jumlah pengundi Melayu di Parlimen itu mencecah 43% daripada keseluruhan 164,140 pengundi berdaftar di Kota Melaka ketika ini.
“Pada PRU14, pengundi Melayu di Parlimen Kota Melaka adalah 37.8% daripada keseluruhan 126,848 pengundi berdaftar dan situasi ini menyebabkan kita perlu mengubah strategi dari aspek calon.
“Ia pertama kali Gerakan meletakkan calon Melayu di Kota Melaka sekali gus memberi pilihan kepada pengundi Melayu di Parlimen ini untuk mengundi calon Melayu kerana sebelum ini parti yang bertanding di kawasan itu adalah bangsa Tionghua kerana…