

Peningkatan taraf hidup dan pendapatan pekebun-pekebun kecil kekal menjadi agenda nombor satu Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK).
Menteri Noraini Ahmad berkata tumpuan tidak seharusnya terhad kepada graf KDNK, nilai eksport berbilion ringgit atau syarikat perladangan berskala besar, apabila membincangkan sektor pertanian dan perladangan komoditi.
“Pihak yang paling utama dan menjadi nadi kepada rantaian sektor ini adalah pekebun-pekebun kecil. Nasib mereka sentiasa dekat di hati saya.
“Peningkatan nilai eksport tiada maknanya jika tidak dirasai oleh pekebun kecil di kampung-kampung,” katanya dalam ucapan sempena perhimpunan bulanan KPK.
Noraini dilantik menjadi menteri perladangan dan komoditi sejak 17 Dis lalu menggantikan Johari Ghani yang kini memegang portfolio pelaburan, perdagangan dan industri.
Dalam pada itu,…