
LABUAN: Peningkatan kes penipuan baru-baru ini yang menyasarkan penduduk Labuan menerusi tawaran peluang pekerjaan secara sambilan di platform media sosial menyebabkan 15 individu termasuk penjawat awam kerugian RM203,507 selepas wang simpanan mereka lesap.
Ketua Polis Labuan Hamizi Halim berkata Bahagian Jenayah Komersil Labuan menerima 15 laporan polis berhubung penipuan sedemikian sejak awal bulan ini.
Beliau berkata modus operandi penipuan itu melibatkan penubuhan kumpulan WhatsApp iaitu pentadbir yang dikenali sebagai Olivia merekrut seorang individu untuk membentuk kumpulan tambahan dan menambah sebanyak mungkin kenalan.
“Ahli dalam kumpulan itu dijanjikan dengan pekerjaan sambilan yang bergaji lumayan dan kemudian ditipu untuk terlibat dengan pelaburan dalam talian haram,” katanya dalam kenyataan.
Tiada tangkapan dibuat berhubung kes itu setakat ini.
Hamizi mengingatkan orang ramai agar berhati-hati apabila ditawarkan pekerjaan sambilan dalam talian dengan gaji…