Hot FM

Penjaga stor ditahan, KPDN rampas 4,000 liter diesel bersubsidi di Tawau


Pengarah KPDN Sabah Georgie Abas berkata dua mesin pam minyak, satu hos getah, 18 tong dram, satu tangki gentian diubah suai dan tangki treler dianggarkan bernilai RM104,500 disita. (Gambar KPDN Sabah)

TAWAU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sabah menahan seorang penjaga stor serta menyita 4,000 liter diesel bersubsidi dalam serbuan Ops Tiris 3.0 di sebuah stor di Pasir Putih, hari ini.

Pengarah KPDN Sabah, Georgie Abas, berkata lelaki berusia 31 tahun itu ditahan dalam serbuan 2.20 petang selepas pasukan penguat kuasa KPDN menemukan 2,000 liter diesel di dalam 18 tong dram serta 2,000 liter di dalam tangki treler disyaki untuk diseleweng.

“Risikan dijalankan selama seminggu oleh KPDN Sabah sebelum serbuan dijalankan. Siasatan awal mendapati stor itu tidak mempunyai sebarang dokumen kebenaran dan lesen yang sah untuk menyimpan minyak diesel,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, semua yang disita ialah dua mesin pam minyak, satu hos getah, 18…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version