
PETALING JAYA: Penjawat awam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuantan atas 48 pertuduhan menerima wang berjumlah RM270,400, sejak September 2019 hingga Disember 2022.
Tertuduh, Mohd Farisyal Mohd Alias, 46, mohon dibicarakan di hadapan Hakim Sazlina Safie.
Mengikut pertuduhan, tertuduh yang ketika itu bertugas sebagai penolong jurutera kanan Jabatan Kerja Raya daerah Raub didakwa menerima untuk dirinya suatu benda berharga iaitu wang antara RM500 dan RM25,000 secara dalam talian daripada seorang individu mempunyai hubungan dengan kerja rasminya.
Semua kesalahan itu dilakukan di sebuah bank di Raub antara September 2019 dan Disember 2022, menurut Harian Metro.
Bapa tiga anak itu didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman tidak melebihi penjara dua tahun, denda atau…