Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Penjawat awam dah lama isytihar harta, Cuepacs beritahu Wong Chen

today8 December 2024

Background


penjawat awam
Cuepacs berkata pengisytiharan harta penjawat awam akan diteruskan bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA). (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Penjawat awam diwajibkan mengisytiharkan harta setiap lima tahun sekali dan akan diteruskan bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang ketika ini mengutamakan prestasi perkhidmatan pekerja.

Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Abdul Rahman Mohd Nordin, berkata bahagian undang-undang setiap agensi akan memantau proses pengisytiharan itu.

“Kita akan hantar surat amaran pertama, kedua jika mereka gagal berbuat demikian,” katanya kepada FMT.

Semalam, Ahli Parlimen Subang daripada PKR Wong Chen menggesa Putrajaya mewajibkan pengisytiharan aset bagi wakil rakyat.

Malah, beliau menyarankan hakim dan anggota perkhidmatan awam, termasuk ketua setiausaha kementerian dan timbalan masing-masing, dikehendaki mengisytiharkan harta bagi meningkatkan ketelusan dan memupuk keyakinan.

Mengulas…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Anne Muhammad


Previous post