Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Penjawat awam direman berkait rasuah RM30 juta

today21 October 2026

Background


logo sprm macc
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Abd Halim Aman memaklumkan kes disiasat di bawah Seksyen 16 (a) ( A ) Akta SPRM 2009.
PETALING JAYA:

Seorang penjawat awam direman kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM30 juta daripada beberapa syarikat sebagai balasan membantu mengurangkan bayaran cukai taksiran berjumlah RM140 juta.

Perintah reman enam hari hingga 26 Okt terhadap suspek dikeluarkan Mahkamah Majistret Putrajaya selepas permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), pagi tadi.

Sumber berkata, suspek lelaki berusia lingkungan 50-an ditahan kira-kira 12.30 tengah malam tadi ketika bersembunyi di sebuah hotel di sekitar Lembah Klang.

“Siasatan awal mendapati suspek yang juga pengarah unit disyaki melakukan perbuatan itu pada tahun 2025 hingga 2026,” katanya.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Abd Halim Aman, ketika dihubungi mengesahkan penahanan dan memaklumkan kes disiasat di bawah Seksyen 16 (a) ( A ) Akta SPRM 2009.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post

Sukan

Nor Saiful persoalkan jadual SOJC

Johor Bahru: Ketua jurulatih skuad remaja kebangsaan, Nor Saiful Zaini Nasiruddin tampak mempersoalkan jadual perlawanan Kejohanan Hoki Antarabangsa Bawah 21 tahun Piala Sultan Johor (SOJC) edisi ke-14 selepas Pakistan yang bakal ditentang di Stadium Hoki Johor, Taman Daya, malam ini berehat dalam tempoh dua hari.

today21 October 2026