Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Penjawat awam disyaki terima habuan RM50,000 direman

today6 January 2025

Background


ringgit
Pengarah SPRM Terengganu Hazrul Shazreen Abd Yazid tidak menolak beberapa tangkapan susulan bagi bantu siasatan.

KUALA TERENGGANU: Penjawat awam disyaki menerima rasuah hampir RM50,000 sebagai balasan menyokong dan memperakukan dokumen tuntutan bayaran bagi lima projek di sebuah universiti awam di negeri ini direman lima hari.

Perintah reman hingga 10 Jan terhadap lelaki berusia 40-an itu dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Yuhanis Mohd Roslan selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu.

Menurut sumber, suspek ditahan kira-kira 1 tengah hari semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Terengganu.

“Siasatan awal mendapati suspek dipercayai melakukan perbuatan tersebut sekitar 2023 dan 2024 dengan menerima wang rasuah melalui transaksi pindahan ke akaun bank milik isterinya.

“Suspek telah ditangkap bersama isterinya semalam, tetapi isterinya dilepaskan dengan jaminan SPRM,” katanya sambil…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post