Hot FM

Penjawat awam maut dipercayai dibunuh suami


garisan polis police line
Ketua Polis Nilai Johari Yahya berkata, perkembangan lanjut mengenai kejadian akan dikemas kini dari semasa ke semasa.
PETALING JAYA:

Seorang penjawat awam maut dipercayai dibunuh suaminya dalam kejadian di kuarters Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) malam ini.

Kejadian itu disahkan oleh Ketua Polis Nilai Johari Yahya yang berkata, perkembangan lanjut akan dikemas kini dari semasa ke semasa.

Difahamkan, kejadian berlaku pada kira-kira 7.30 malam, melibatkan mangsa berusia 30an.

Tinjauan pemberita di kawasan kuarters itu mendapati jasad mangsa masih belum dibawa keluar, lapor Bernama.

Beberapa anggota polis dan unit forensik turut berada di lokasi manakala orang ramai dilihat berkumpul di sekitar kuarters itu.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version