“Galeri Tenun Johor kelolaan YWJ mempamerkan dan menghasilkan produk Kain Benang Johor, iaitu satu daripada produk kraf tangan beridentitikan Johor. Terdapat lapan penenun menghasilkan produk Kain Benang Johor di galeri yang dirasmikan pada 2018. Galeri ini telah menerima 14,660 pengunjung setakat bulan lepas,” katanya.
Menurut beliau, bersempena dengan Tahun Melawat Johor, YWJ merancang untuk mengadakan peragaan fesyen bagi produk Kain Benang Johor menerusi kerjasama dengan pereka fesyen terkenal.
“Peragaan ini tidak hanya terhad pada pemakaian, tetapi juga ia akan dihasilkan dalam pelbagai produk, seperti pemakaian samping, baju tradisonal Johor, aksesori wanita dan lelaki, kusyen serta perabot,” katanya lagi.