
SHAH ALAM: Penjawat awam Selangor akan menerima bantuan khas kewangan (BKK) tambahan setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 susulan prestasi semasa kewangan negeri memberangsangkan.
Menteri Besar Amirudin Shari, berkata BKK tambahan diberikan menerusi Insentif Rekod Hasil Negeri itu akan disalurkan secara berperingkat selewat-lewatnya 15 April, menghargai jasa mereka yang telah bertungkus-lumus meningkatkan kedudukan kewangan kerajaan negeri.
Beliau berkata, insentif yang akan memanfaatkan kira-kira 18,000 penjawat awam negeri itu melibatkan implikasi kewangan lebih RM26 juta.
“Berdasarkan prestasi yang baik dengan kutipan hasil setakat hari ini berjumlah RM691 juta, maknanya kita berada di landasan yang betul dan sebab itu saya umumkan beberapa insentif untuk penjawat awam di Selangor,” katanya…