Imbas untuk muat turun aplikasi

Inspirasi

Penjawat Awam Yang Malas & Lembab Tidak Akan Dapat Kenaikan Gaji Automatik

today6 May 2024

Background


Memetik laporan daripada Berita Harian, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan langkah itu bagi memastikan kenaikan gaji tidak berlaku secara automatik sepenuhnya.

Ia berikutan pelaksanaan kenaikan gaji yang lazim mengikut tahun perkhidmatan ada ketikanya turut membabitkan penjawat awam bermasalah.

“Berhubung pengumuman kenaikan gaji, ada pembangkang yang mempertikaikan… itu tidak usah kita kira kerana pemilihan (kenaikan gaji) itu adalah berdasarkan prestasi.

“Sekarang umpamanya mengikut tahun (perkhidmatan), kadang-kadang orang itu lembap bekerja, tidak hadir, ada masalah disiplin (tetapi) terus dinaikkan gaji secara automatik. Kita hendak mengingatkan ia (kenaikan gaji) tidak automatik (sepenuhnya).

“Mungkin automatik untuk 95 peratus… bagi lima peratus yang dirasakan lembab dan ada masalah itu, kita akan memperkenalkan kaedah supaya mereka dinafikan (kenaikan gaji),” katanya.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Nany Rahman


Previous post