Hot FM

Penjenamaan semula BN sia-sia jika Umno terus cengkam


barisan nasional bn flag
BN umum rancangan untuk menjenamakan semula dirinya sebagai lebih progresif dan inklusif, bagi menghadapi pilihan raya akan datang. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:

Usaha Barisan Nasional (BN) menjenamakan semula dirinya sebagai progresif dan inklusif tidak akan memberi impak besar melainkan Umno mengurangkan dominasinya dalam gabungan tersebut dan beralih daripada politik etnosentrik, kata penganalisis.

Ahmad Fauzi Abdul Hamid dari Universiti Sains Malaysia berkata BN perlu terlebih dahulu meninggalkan norma lama iaitu penguasaan Umno, jika benar-benar mahu menjenamakan semula dirinya.

“Untuk menjadi lebih progresif dan inklusif, BN perlu memberi ruang suara yang lebih besar kepada parti komponen lain, dan tidak berkelakuan seperti ‘Umno dan lain-lain’,” katanya kepada FMT.

Fauzi berkata reformasi yang bermakna hanya boleh tercapai jika Umno meninggalkan jenama politik yang sudah ketinggalan zaman.

“Umno perlu berubah dan menerima versi nasionalisme Melayu yang lebih…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version