Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Penjual nasi maut ditikam 27 kali, polis kata bukan kes samun

today5 December 2023

Background


Polis percaya kematian seorang penjual nasi yang ditikam 27 kali bukan kes samun. (Gambar fail)

PETALING JAYA: Seorang peniaga nasi campur maut ditikam 27 kali di tempat letak kenderaan sebuah pangsapuri di Jalan Perak, George Town.

Pemangku Ketua Polis Timur Laut V Saravanan berkata mangsa berusia 60-an itu dipercayai ditikam dengan pisau pendek oleh seorang individu, manakala seorang rakannya menunggu di motosikal.

“Polis menerima panggilan kecemasan lalu bergegas ke lokasi kejadian pada 6.18 petang tadi. Mangsa disahkan meninggal dunia kerana ditikam sebanyak 27 kali antaranya di dada, leher dan beberapa anggota badan lain.

“Mangsa dibawa ke hospital dengan ambulans, namun disahkan meninggal dunia di hospital ketika diberi rawatan,” katanya menurut Sinar Harian.

Polis sedang memburu dua suspek selepas meneliti rakaman kamera litar tertutup di dalam lif dan pondok pengawal pangsapuri terbabit.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan membunuh orang,…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post

Sukan

Young Tigers mampu saingi Argentina

Kuala Lumpur: Selepas melakar kemenangan meyakinkan 7-1 ke atas Chile hari ini, skuad hoki remaja negara dijangka mampu memberi saingan ke atas juara bertahan, Argentina pada perlawanan kedua Kumpulan A, esok.

today5 December 2023