PETALING JAYA: Penjualan pegangan saham Khazanah Nasional dalam Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) kepada syarikat yang dikaitkan dengan firma pelaburan Amerika Syarikat (AS), BlackRock bukan keputusan Jemaah Menteri, dedah Menteri Luar Mohamad Hasan.
Mohamad yang juga timbalan presiden Umno juga berkata, beliau berharap keputusan itu dikaji semula, lapor Sinar Harian.
Beliau berkata, menteri dari Umno mendesak syarikat milik kerajaan itu tidak menjual pegangan saham MAHB kepada Global Infrastructure Partners (GIP).
“Kita menteri-menteri Umno memberikan pandangan jika boleh perkara ini tidak diteruskan tetapi transaksi itu sudah terlampau maju.
“Jadi kita tengoklah macam mana, kita pun tidak tahu sama ada diteruskan atau tidak bukan di kalangan kita kerana Khazanah di bawah…