Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Penjumlahan undi PRK KKB bermula

today11 May 2024

Background


prk kkb
Proses pengundian hari ini melibatkan 39,269 pengundi yang layak menunaikan tanggungjawab memilih wakil rakyat baharu Kuala Kubu Baharu. (Gambar Bernama)

HULU SELANGOR: Proses pengundian PRK DUN Kuala Kubu Baharu berakhir selepas semua 18 pusat pengundian yang dibuka sejak 8 pagi tadi, secara rasmi ditutup.

Sebanyak 17 pusat pengundian ditutup pada 6 petang manakala satu pusat pengundian iaitu di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Bukit Fraser ditutup 2 petang tadi.

Selepas pusat pengundian ditutup, semua peti undi dari 74 tempat mengundi atau saluran akan dibawa ke Pusat Penjumlahan Rasmi Undi iaitu di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.

Keputusan rasmi PRK berkenaan dijangka diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya seawal 9 malam.

Proses pengundian hari ini melibatkan 39,269 pengundi yang layak menunaikan tanggungjawab mereka bagi memilih wakil rakyat baharu kawasan itu.

Pada Selasa lalu, 97% atau 769 anggota polis, tentera dan pasangan masing-masing menunaikan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post