Hot FM

Penonton maut dirempuh kereta lumba di Litar Dato’ Sagor



Tangkap layar kemalangan melibatkan dua kereta ketika perlumbaan mengakibatkan seorang penonton maut di Litar Dato’ Sagor, Kampung Gajah, Perak, petang tadi.

PETALING JAYA: Seorang penonton maut selepas dirempuh sebuah kereta terbabas ketika perlumbaan di Litar Dato’ Sagor, Kampung Gajah, Perak, petang tadi.

Rakaman kejadian itu tular di media sosial memaparkan dua kereta sedang berlumba bergesel sehingga menyebabkan sebuah daripadanya terbabas ke tepi litar.

Kejadian itu menyebabkan beberapa individu berada di tepi litar lari menyelamatkan diri namun seorang mangsa parah akibat rempuhan berkenaan.

Ketua Polis Perak, Mohd Yusri Hassan Basri, berkata kejadian berlaku kira-kira 3.30 petang ketika pertandingan “CCT Battle of Champion” berlangsung di litar itu membabitkan penyertaan 60 kereta.

“Semasa pertandingan diadakan membabitkan kategori 1800cc untuk lima pusingan membabitkan 12 Proton Satria, satu kemalangan berlaku melibatkan dua…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version