
PETALING JAYA: Pensyarah Universiti Utara Malaysia, Kamarul Zaman Yusoff, gagal muncul pada sesi mediasi dengan Hannah Yeoh hari ini melibatkan saman fitnah terhadap Ahli Parlimen Segambut itu.
Yeoh berkata, beliau berada di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi sesi berkenaan, namun Kamarul tidak hadir walaupun sebelum ini bersetuju mengambil bahagian.
“Ketidakhadirannya jelas tidak menghiraukan mahkamah dan proses mediasi. Perbicaraan akan berjalan pada 25 Nov,” katanya yang juga menteri belia dan sukan di Facebook.
Yeoh memfailkan saman pada 2022 terhadap dua catatan Facebook Kamarul yang dimuat naik pada Mei 2017, di mana mendakwa beliau “mempunyai motif menyebarkan agama Kristian melalui politik”.
Kamarul juga menyebut buku biografi Yeoh, Becoming Hannah: A Personal Journey, didorong oleh “agenda Kristianisasi”.
Yeoh berkata, pensyarah itu juga mendakwa beliau…