Mangsa berusia 52 tahun diperdaya memberi butiran perbankan, kata laluan serta simpanan wang dalam Tabung Haji dan ASB.

KUANTAN: Seorang pensyarah wanita mendakwa kerugian lebih RM2.5 juta selepas diperdaya sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai ejen insurans, sejak awal tahun ini.
Ketua Polis Pahang, Yahaya Othman, berkata mangsa berusia 52 tahun mendakwa dihubungi suspek kononnya daripada syarikat insurans pada 22 Jan lalu, bagi siasatan tuntutan palsu dan pengubahan wang haram melibatkan mangsa.
“Suspek dikatakan mengarahkan wanita itu membuka dua akaun bank baharu sebagai akaun siasatan sementara dengan butiran perbankan termasuk gambar kad mesin juruwang automatik (ATM) beserta kata laluan diserahkan kepada suspek.
“Mangsa juga diarahkan untuk memindahkan semua wang simpanan ke dua akaun itu yang diturutinya…