

Kementerian Pendidikan (KPM) tidak berkompromi sekiranya siasatan mendapati berlaku kecuaian atau pelanggaran prosedur keselamatan berhubung kematian seorang pelajar tingkatan tiga di sebuah sekolah berasrama di Kuala Kangsar, semalam.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berkata beliau memandang serius kejadian tersebut dan telah mengarahkan KPM memberikan kerjasama penuh kepada polis bagi memastikan siasatan dijalankan secara menyeluruh dan telus.
“Saya menyeru semua pihak agar tidak membuat spekulasi dan menghormati privasi keluarga mangsa. Berikan ruang kepada pihak berkuasa untuk melengkapkan siasatan.
“Semoga keluarga mangsa terus diberikan kesabaran dan kekuatan dalam menghadapi ujian yang amat berat ini,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebook lewat malam tadi.
Klik sini untuk baca artikel penuh.
Sumber: