Setiausaha Agung Muda Amir Hariri Abd Hadi berkata rakyat perlu diberi pilihan selain PH, BN, dan PN.

PETALING JAYA: Muda mendakwa pentadbiran Anwar Ibrahim mengabaikan reformasi institusi dan pembangkang yang banyak bermain sentimen sebagai sebab ia akan menentang semua parti pada PRN akan datang.
Setiausaha Agung, Amir Hariri Abd Hadi, ketika ditanya mengenai keputusan Muda bertanding solo berkata ia mahu menyedarkan negara tentang isu melanda pentadbiran Anwar.
Beliau menyenaraikan isu seperti melantik orang politik dan ahli keluarga ke syarikat berkaitan kerajaan, dan mendiamkan kritikan terhadap dakwaan rasuah dikaitkan dengan Barisan Nasional.
Turut disorot mengekalkan Akta Universiti dan Kolej Universiti, Akta Komunikasi dan Multimedia, Akta Hasutan dan Akta Kesalahan Keselamatan…
