

Enam pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Johor yang disyaki terlibat dalam kes buli berdepan penyingkiran sekiranya didapati bersalah.
Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Asyraf Wajdi Dusuki, berkata beliau mengarahkan Bahagian Pendidikan Menengah (BPM) Mara dan pentadbiran MRSM mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Disiplin Maktab (JDM).
“Mesyuarat JDM perlu diadakan dengan kadar segera dalam tempoh 24 jam bagi menjalankan siasatan serta mengambil tindakan paling tegas terhadap pelajar yang didapati terlibat. Jika terbukti bersalah, mereka hendaklah disingkirkan daripada MRSM,” katanya di Facebook.
Beliau berkata kes itu diketahui selepas ibu bapa mangsa membuat hantaran di media sosial apabila anak mereka memohon untuk keluar daripada MRSM kerana tidak lagi mampu menanggung penderitaan akibat dibuli.
Klik sini untuk baca artikel penuh.
Sumber: