
KOTA BHARU: Seorang penternak lembu dan pembantunya menarik nafas lega apabila dilepas dan dibebaskan Mahkamah Tinggi atas tiga pertuduhan mengedar dadah jenis methamphetamine dan heroin, serta memiliki senjata api.
Hakim Mohamad Abazafree Mohd Abbas membebaskan Wan Marzuki Wan Daud, 59, dan Naim Azmi, 37, setelah mendapati pihak pendakwaan gagal menimbulkan kes prima facie terhadap mereka di akhir kes pendakwaan.
Abazafree dalam alasan penghakiman berkata, beberapa isu dipertimbangkan antaranya berkaitan bukti deoksiribonukleik (DNA), kunci rumah, dan pemilikan sebuah kenderaan yang diletakkan di hadapan rumah disewa oleh Wan Marzuki.
“Pelbagai sampel DNA juga diambil, namun tiada keterangan yang menunjukkan DNA mereka ditemukan ke atas dadah atau senjata api.
“Oleh itu, mahkamah melepas dan membebaskan kedua-dua tertuduh tanpa dipanggil membela…