Tindakan seorang pemandu e-hailing – Grab – telah membuatkan seorang penumpang wanita rasa terharu.
Ini kerana pemandu Grab tersebut sanggup untuk menunggu wanita itu naik tangga dahulu, baru dia bergerak daripada lokasi menurunkan penumpang.
Wanita itu menyatakan bahawa, dia balik kerja dalam 10.30 malam. Dan tempat dia turun memang agak gelap, namun dia sudah terbiasa dengannya.
Tetapi tindakan pemandu Grab pada hari itu benar benar menyentuh hatinya.