Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Penunggang maut dirempuh pemandu positif alkohol, dadah

today29 March 2026

Background


kemalangan mabuk
Tular video sebuah kereta dipandu laju dan memotong di garisan berkembar sebelum merempuh mati seorang penunggang di laluan bertentangan.
PETALING JAYA:

Seorang penunggang motosikal maut dirempuh kereta dipandu lelaki di bawah pengaruh alkohol dan dadah dalam kejadian di Jalan Raya Barat, Klang, pagi tadi.

Ketua Polis Klang Selatan, Lim Jit Huey, berkata impak pertembungan mengakibatkan mangsa berusia 30-an tercampak di atas kereta berasingan, dalam nahas sekitar 11.40 pagi itu.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati sebuah Honda City dipandu lelaki tempatan lingkungan 20-an dari arah Jalan Raya Barat menuju ke Bandar Klang dipandu laju dan berbahaya.

“Pemandu tersebut dipercayai telah memotong beberapa kenderaan di hadapan sebelum memasuki laluan bertentangan dan melanggar sebuah motosikal yang datang dari arah bertentangan.

“Akibat pelanggaran tersebut, mangsa seorang lelaki tempatan umur 30-an telah tercampak ke atas sebuah motokar jenis Perodua Myvi sebelum disahkan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post