Menerusi video berkenaan, kelihatan kemalangan berlaku antara sebuah kereta dan motosikal di jalan raya yang tidak dikenal pasti.
Apa yang lebih mengejutkan adalah apabila sebuah kereta putih dilihat selamba masuk simpang tanpa berhenti dan memberi signal. Perkara itu menyebabkan penunggang motosikal di arah yang berlawanan hilang kawalan dan terus berlanggar dengan kereta itu.
Difahamkan, pemandu kereta itu telah ditangkap oleh pihak berkuasa. Malangnya, penunggang motosikal itu maut akibat kemalangan berkenaan.