Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Penunggang parah, polis buru pemandu langgar lari

today20 October 2024

Background


langgar penunggang motosikal
Tular rakaman kamera papan pemuka menunjukkan pemandu kereta memecut selepas menghimpit dan melanggar motosikal. (Gambar Facebook)

KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan pemandu sebuah kereta yang melanggar lari seorang penunggang motosikal di KM3.0 Sistem Lingkaran–Lebuhraya Kajang (SILK) arah Balakong.

Ketua Polis Kajang Naazron Abdul Yusof, berkata dalam kejadian kira-kira 4 petang semalam, pemandu kereta berkenaan memandu di lorong paling kanan di belakang motosikal sebelum memotong, menghimpit, dan melanggar motosikal di hadapannya menyebabkan motosikal itu terbabas.

“Akibat daripada kemalangan ini, seorang lelaki berusia 45 tahun cedera parah di kepala dan telah dibawa ke Hospital Serdang untuk menerima rawatan.

“Kes telah disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu secara melulu dan membahayakan,” katanya dalam kenyataan.

Naazron menyeru dan memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu untuk menghubungi…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post